Supermicro Pamer Teknologi Penjimatan Sumber Inovatif di Ekspo Pusat Data Tokyo 2018

SuperBlade®, BigTwin™ Berbilang Nod & Penyelesaian Storan Tergubahkan NVMe Ingatan Kilat Sepenuhnya dengan RSD Supermicro 2.1 dioptimum untuk persekitaran Awan dan Pusat Data

TOKYO, 10 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Super Micro Computer, Inc. (NASDAQ: SMCI), peneraju global bagi penyelesaian pengkomputeran perusahaan, storan, perangkaian serta teknologi pengkomputeran hijau, hari ini mengumumkan ia mempamerkan pusat data dan penyelesaian awan Penjimatan Sumber, termasuk sistem-sistem SuperBlade® dan BigTwin™ berbilang nod serta penyelesaian storan tergubahkan NVMe ingatan kilat sepenuhnya dengan RSD Supermicro 2.1 di Ekspo Pusat Data Tokyo 2018 mulai 9-11 Mei di Tokyo Big Sight, reruai E33-3.

Cara biasa untuk meluaskan sumber-sumber pusat data sering melibatkan penambahan nod-nod pelayan dengan nisbah tetap pengkomputeran, perangkaian dan storan. Lantaran kitar hayat berbeza pada sumber-sumber ini, penambahbaikan secara menyeluruh terhadap seluruh set nod pelayan akan sering membawa kepada pengunduran tidak matang pelaburan bernilai serta kurang penggunaan sumber. Atas sebab inilah penyelesaian storan NVMe yang menjimatkan sumber dan terpisah daripada Supermicro seperti NVMe-oF (NVMe melalui Fabrik) adalah amat penting kepada pelanggan yang ingin membina pusat data berskala hiper yang lebih cekap dan anjal.

"Supermicro telahpun menggunakan sistem-sistem Penjimatan Sumber dalam satu jumlah yang besar di banyak pusat data Fortune 100," kata Charles Liang, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Supermicro. "Sebagai peneraju bagi kecekapan kuasa sistem pelayan dan pengkomputeran hijau, kini Supermicro membolehkan penjimatan selanjutnya dengan meningkatkan hayat subsistem pelayan termasuk penutup casis, kabel, perangkaian, storan, kipas dan bekalan kuasa. Hasilnya adalah penjimatan kos pemerolehan peralatan sehingga 60%, penggunaan kuasa yang sedikit dan e-sisa yang berkurangan semasa kitar segar semula teknologi, yang dapat menjimatkan jutaan kos tenaga bagi pusat data serta membantu memelihara Bumi kita untuk generasi-generasi akan datang."  

6U SuperBlade terpisah Supermicro baharu mendayakan kesalingbergantungan antara subsistem pelayan utama yang membolehkan penaiktarafan bebas CPU + Ingatan, I/O, Ruang Tertutup, Storan dan Kuasa/Penyejukan. Kini setiap komponen boleh disegarkan semula pada waktu optimum bagi memaksimumkan penambahbaikan generasi dari segi prestasi dan kecekapan yang terlerai daripada kitar segar semula pelayan monolitik tunggal.

Sistem 6U SuperBlade daripada Supermicro, yang pertama daripada beberapa Penjimatan Sumber terpisah mereka bentuk, menggabungkan penghitungan, storan dan perangkaian dalam ruang tertutup sama ada dengan sepuluh atau 14 pelayan bilah, sehingga 28 U.2 NVMe atau 42 SAS SSD, dan sehingga empat suis Eternet 25G atau 10G. Nod-nod pelayan bilah ini menyokong dua atau satu pemproses Intel® Xeon® Scalable (sehingga 205 watt setiap pemproses) dengan slot 24 DIMM (bilah 2-soket) dan slot 12 DIMM (bilah 1-soket), demi memaksimumkan prestasi dan kecekapan. Selain itu, pelayan turut menyokong SSD M.2 NVMe dan Intel® Optane™. Ruang tertutup menggunakan suis Eternet yang sama, modul pengurusan casis dan perisian seperti sistem 8U/4U SuperBlade dan 6U/3U MicroBlade untuk keandalan, kebolehkhidmatan dan kemampuan yang dipertingkat. Penjimatan sumber dapat dicapai sehingga 90% pengurangan dalam perkabelan dengan menggunakan 6U SuperBlade. Modul Kuasa Sandaran Bateri (BPP) pilihan menyediakan kuasa yang mencukupi untuk ruang tertutup sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik. Ini dapat menambah kepada keandalan sistem memandangkan ia dapat mencegah kerosakan atau kehilangan data semasa pemindahan yang berpunca daripada kegagalan kuasa. Penggunaan penyelesaian UPS yang mahal juga menjadi pilihan dengan adanya Modul BBP yang disediakan.

6U SuperBlade juga merupakan pelayan dioptimum kepadatan utama yang menyediakan penjimatan sumber tambahan dalam jejak pusat data yang aktif menggunakan bekalan elektrik. Dengan sehingga 98 pelayan bilah dwisoket atau soket tunggal berserta suis Eternet 25G atau 10G setiap rak 42U, sistem 6U SuperBlade baharu begitu sempurna untuk pelbagai aplikasi perusahaan, awan dan pusat data yang mana kepadatan dan prestasi penghitungan menjadi pertimbangan utama termasuk Simulasi, CAE, EDA, Kecerdasan Buatan (AI), Perisikan Perniagaan dan ERP/CRM.

Turut dipamerkan, RSD Supermicro berasaskan Reka Bentuk Skala Rak Intel® (RSD Intel®), yang merupakan seni bina pusat data yang selaras dengan industri dibangunkan menurut piawaian terbuka. RSD Supermicro mengurus rak pelayan, storan dan perangkaian terpisah mengikut piawaian industri API Redfish Restful yang kekal konsisten merentasi vendor berbeza dan pelbagai generasi pelayan. RSD Supermicro 2.1 menyokong storan NVMe berprestasi tinggi, berkepadatan tinggi dan terpisah untuk meningkatkan dengan ketara kecekapan pusat data, seraya meningkatkan penggunaan dan merendahkan kos.  

Bagi mereka yang berminat, Supermicro bakal mengadakan demonstrasi langsung RSD Supermicro 2.1 di pameran tersebut. 

Memberikan prestasi dan kecekapan yang tinggi daripada reka bentuk 4-nod 2U, sistem Supermicro BigTwin™ menyokong rangkaian penuh pemproses Intel Xeon Scalable, mengeksploitasi sepenuhnya semua saluran ingatan dengan maksimum 24 DIMM setiap nod serta menawarkan pilihan untuk petak pemacu NVMe atau NVMe/SAS3 hibrid dengan ingatan kilat sepenuhnya. Bergantung pada konfigurasi, setiap nod mempunyai dwipemproses Intel Xeon Scalable, 24 DIMM sehingga 3TB ingatan ECC berdaftar DDR4-2666MHz, sehingga enam pemacu NVMe atau SAS3/SATA ditukar semasa bekalan elektrik masih terpasang, sehingga tiga slot PCI-E 3.0 termasuk sokongan untuk modul SIOM anjal yang mendayakan pilihan perangkaian 100/40/25/10/1G dan bekalan kuasa digital 2600W/2200W Tahap Titanium (96%+) lewah.  

Supermicro akan mempamerkan rangkaian platform yang luas bagi menangani pelbagai beban kerja. Pameran ini akan melibatkan sistem 1U faktor bentuk "ruler" NVMe Intel ingatan kilat sepenuhnya yang serba baharu.

Ikuti Supermicro melalui Facebook dan Twitter untuk menerima berita dan pengumuman terkini mereka.

Latar Belakang Super Micro Computer, Inc. (NASDAQ: SMCI)
Supermicro® (NASDAQ: SMCI), penginovasi utama bagi teknologi pelayan berprestasi tinggi dan berkecekapan tinggi ialah penyedia ulung bagi Server Building Block Solutions® termaju untuk Pusat Data, Pengkomputeran Awan, IT Perusahaan, Hadoop/Data Besar, HPC dan Sistem Terbenam seluruh dunia. Supermicro komited untuk melindungi alam sekitar melalui inisiatif "We Keep IT Green®" dan menyediakan pelanggan dengan penyelesaian paling cekap tenaga dan mesra alam yang terdapat dalam pasaran.

Supermicro, Server Building Block Solutions dan We Keep IT Green ialah tanda dagangan dan/atau tanda dagangan berdaftar Super Micro Computer, Inc.

Semua jenama, nama dan tanda dagangan lain adalah hak milik pemilik masing-masing.

SMCI-F



HUBUNGI: Michael Kalodrich, Super Micro Computer, Inc., michaelkalodrich@supermicro.com