Supermicro Pamer Pinggir Rangkaian Pintar dan Perkakas Keselamatan Sedia 5G Baharu

Di RSA Singapura 2018, Supermicro akan mempamerkan sistem kompak, padat, berkuasa rendah dan berkependaman rendah direka untuk Perangkaian Tentuan Perisian (SDN), Pemayaan Fungsi Rangkaian (NFV), aplikasi SD-WAN dan vCPE

SINGAPURA, 25 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Super Micro Computer, Inc. (NASDAQ: SMCI), peneraju global bagi teknologi pengkomputeran perusahaan, storan, penyelesaian perangkaian dan pengkomputeran hijau, hari ini mengumumkan ia mempamerkan penambahan baharu dalam portfolio pinggir rangkaian dan perkakas keselamatan luasnya, menyediakan sistem berdasarkan pemproses Intel terkini di Persidangan RSA Singapura 2018 mulai 25-27 Julai di Marina Bay Sands, reruai #1815 & #1817.

Supermicro’s New 5G Ready Edge and Security Appliances

Memanfaatkan kepakaran mendalamnya dalam teknologi pelayan dan perkhidmatan global, Supermicro menonjolkan barisan penyelesaian lengkap yang menyokong pemproses Intel® Xeon® D-2100 terkini dengan penambahbaikan prestasi pengkomputeran sehingga 60 peratus berbanding generasi terdahulu. SYS-5019D-FN8TP dan SYS-E300-9D berdasarkan papan induk siri X11SDV menawarkan pengoptimuman infrastruktur dengan menggabungkan prestasi dan kepintaran termaju daripada pemproses sistem-pada-cip baharu kepada penyelesaian kompak yang padat dan berkuasa rendah yang amat sesuai untuk aplikasi terbenam. Platform-platform Supermicro turut menyokong Teknologi QuickAssist Intel® (Intel® QAT) yang menyediakan enjin kriptografi untuk penyulitan dan penyahsulitan lebih pantas pesanan atau maklumat untuk kegunaan yang dibenarkan dan bertujuan.

"Memandangkan pasaran menuntut penyelesaian pinggir rangkaian yang lebih pintar, Supermicro bersedia dengan seleksi pelayan terbenam dan papan induk yang terbaik daripada industri untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelbagai pasaran vertikal yang luas termasuk keselamatan, pengautomatan perindustrian, komunikasi dan perangkaian," kata Charles Liang, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Supermicro. "Menerusi pertumbuhan luas beban kerja dipacu data merentasi aplikasi terbenam, Supermicro kekal komited untuk membangunkan get laluan IoT yang berkuasa, boleh diskala namun tangkas dan penyelesaian pelayan, storan dan perangkaian yang kompak yang dapat memberikan ekosistem terbaik untuk Pinggir dengan ciri kemudahan penggunaan dan kebolehskalaan terbuka."

Dengan ciri-ciri keandalan, ketersediaan dan kebolehkhidmatan (RAS) yang tinggi tersedia dalam peranti yang ultra padat dan berkuasa rendah, platform X11SDV Supermicro dapat memberikan pengkomputeran, storan dan perangkaian yang seimbang untuk Pinggir pintar. Blok binaan teknologi canggih ini menawarkan penyelesaian dioptimum beban kerja terbaik dan ketersediaan hayat yang panjang dengan sehingga 16 teras pemproses, sehingga memori empat saluran 512GB DDR4 yang beroperasi pada 2400MHz, sehingga empat port 10GbE LAN dengan sokongan RDMA dan disediakan dengan enjin pecutan kripto/disulitkan/dinyahsulit QAT Intel® bersepadu dan pilihan peluasan storan dalaman termasuk sokongan mini-PCIe, M.2 dan NVMe.

1019C-HTN2 Supermicro ialah sistem IoT kompak yang menyokong tiga paparan bebas dan amat sesuai untuk papan tanda digital, DVR/NVR, POS, pelayan pejabat dan aplikasi keselamatan rangkaian. Dengan kedalaman 11.3 inci, sistem 1U ini dikuasakan oleh papan induk X11SCZ-F mikro-ATX Supermicro dan menyokong dua penukaran panas (hot-swap) dan dua petak pemacu keras 2.5 inci dalaman, sehingga 64GB memori 2666 MHz DDR4, dua port GbE LAN, empat peranti USB 3.1, slot PCI-E 3.0 x16, slot M.2 dan port pengurusan jarak jauh IPMI 2.0 khusus. Sokongan untuk pemproses berasaskan soket memudahkan pelanggan untuk mengisi CPU dioptimumkan mengikut keperluan tertentu, manakala slot PCI-E x16 membolehkan pelanggan meluaskan ciri-cirinya. Secara keseluruhan, sistem yang dioptimumkan kos ini amat sesuai untuk aplikasi yang memerlukan pemprosesan berbilang teras, berkelajuan tinggi dan cekap kuasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai barisan lengkap Penyelesaian Blok Binaan Terbenam daripada Supermicro layari www.supermicro.com/Embedded atau muat turun Risalah Penyelesaian Terbenam.

Ikuti Supermicro melalui Facebook dan Twitter untuk mendapatkan berita dan pengumuman terkini mereka.

Latar Belakang Super Micro Computer, Inc. (NASDAQ: SMCI)
Supermicro® (NASDAQ: SMCI), penginovasi utama bagi teknologi pelayan berprestasi tinggi dan berkecekapan tinggi ialah penyedia ulung bagi Pelayan Building Block Solutions® termaju untuk Pusat Data, Pengkomputeran Awan, IT Perusahaan, Hadoop/Data Raya, HPC dan Sistem Terbenam seluruh dunia. Supermicro komited untuk melindungi alam sekitar melalui inisiatif "We Keep IT Green®" dan menyediakan pelanggan dengan penyelesaian paling cekap tenaga dan mesra alam yang terdapat dalam pasaran.

Supermicro, Building Block Solutions dan We Keep IT Green ialah tanda dagangan dan/atau tanda dagangan berdaftar Super Micro Computer, Inc.

Semua jenama, nama dan tanda dagangan lain adalah hak milik pemilik masing-masing.

SMCI-F

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/722026/5G_Ready_Edge_and_Security_Appliances.jpg

 



HUBUNGI:  Michael Kalodrich, Super Micro Computer, Inc., michaelkalodrich@supermicro.com