Supermicro Pamer Teknologi Pelayan Jimat Sumber dan Penyelesaian Pinggir 5G Baharu di Computex 2019

Sistem Penjimatan Sumber Terkini Bawakan TCO dan Kepimpinan Alam Sekitar dengan Prestasi Sistem Unggul serta Pengurangan Impak Alam Sekitar, termasuk NVMe U.2, EDSFF dan NF1 Kilat-Sepenuhnya, Reka Bentuk Berbilang Nod dan Terpisah   

TAIPEI, Taiwan, 31 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Super Micro Computer, Inc. (SMCI), peneraju global bagi penyelesaian pengkomputeran perusahaan, storan dan perangkaian serta teknologi pengkomputeran hijau, mempamerkan pelayan dan sistem storan Penjimatan Sumber berserta Penyelesaian Pinggir 5G baharu di Computex Taipei bertempat di Pusat Pameran Nangang, tingkat 4, reruai N0206.

Supermicro promotes 5G Edge Solutions and Resource-Saving Systems at Computex

Di samping itu, Ketua Pegawai Eksekutif Supermicro Charles Liang akan menjadi penyampai ucapan dasar yang berucap di Sidang Kemuncak 5G Taipei kali ke-6 yang diadakan pada hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Taipei (TICC) di Bilik 201. En. Liang akan menerangkan tentang keperluan perkakasan yang diperlukan untuk beralih kepada infrastruktur 5G dan kepentingan melaksanakan AI di Pinggir dan penyelesaian pengkomputeran hijau.

"Di Supermicro, kami amat komited untuk menyediakan pelanggan dengan teknologi terkini seawal mungkin bagi membantu mereka mendorong prestasi utama dan meningkatkan TCO dengan prestasi pelayan yang lebih tinggi pada harga yang sama," kata Charles Liang, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Supermicro. "Dengan pelayan Penjimatan Sumber terkini daripada Supermicro, pelanggan boleh mengharapkan prestasi pusat data yang lebih baik (35% lebih pantas), TCO lebih baik (pengurangan sehingga 50%) dan kurang memberi kesan terhadap alam sekitar. Di samping itu, bagi menangani permintaan terhadap infrastruktur 5G yang mengubah industri masa kini, kami memperkenalkan produk 5G dan Pinggir IoT baharu yang menyokong semua Seni Bina Bekas Terbuka bukan sekadar untuk mempercepatkan analitik dan AI di Pinggir, tetapi juga untuk mendayakan Semua Benda/Di Mana Jua sebagai satu Perkhidmatan."

Seni bina Penjimatan Sumber unik daripada Supermicro mengasingkan CPU dan memori daripada subsistem lain, agar setiap sumber boleh disegarkan semula secara bebas bagi membolehkan pusat data mengurangkan kos kitaran segar semula dan impaknya terhadap alam sekitar dengan mengurangkan e-sisa. Penjimatan selanjutnya dapat dicapai melalui kuasa dan penyejukan dikongsi selain penyelesaian penyejukan bebas udara. Apabila melihatkan kepada tiga hingga lima tahun kitaran segar semula, pelayan Penjimatan Sumber Supermicro secara puratanya memberikan pelayan yang berprestasi lebih tinggi dan lebih cekap pada kos lebih rendah berbanding model-model 'buang-dan-ganti' tradisional dengan membolehkan pusat data membuat pengoptimuman bebas terhadap penerimaan teknologi baharu yang dipertingkat.

Rangkaian produk Supermicro yang berikut menyokong ciri-ciri Penjimatan Sumber bukan sahaja untuk memberikan prestasi luar biasa tetapi juga nilai unggul: sistem SuperBlade® dengan pelayan bilah dua soket dan empat soket yang menyokong pemproses 205-watt bin utama, NVMe, suis 100G EDR InfiniBand atau suis Eternet 25G/10G, bekalan kuasa AC/DC lewah dan Sandaran Bateri (BBP), menjadikannya ideal untuk aplikasi perusahaan, awan dan HPC; BigTwin™ dengan prestasi dan ketumpatan tertinggi dalam reka bentuk empat nod 2U dengan setiap nod menyokong 24 DIMM, enam pemacu NVMe tukaran-panas dan keupayaan perangkaian fleksibel; 4U FatTwin™ dengan pelbagai kombinasi I/O, memori dan storan untuk aplikasi awan, HPC dan perusahaan yang paling optimum. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inovasi Penjimatan Sumber Supermicro dan komitmen terhadap pengkomputeran hijau, sila kunjungi www.supermicro.com/WeKeepITGreen [c212.net].

Sebagai peneraju bagi pelayan dan sistem storan kilat-sepenuhnya NVMe, Supermicro membuat persediaan terbaik untuk memberikan kependaman rendah dan prestasi storan dengan respons pantas yang penting untuk aplikasi 5G. Rangkaian Petascale baharu syarikat bagi pelayan storan 1U NVMe™ kilat-sepenuhnya menyokong teknologi kilat generasi seterusnya dengan lebar jalur storan tertinggi, prestasi IOPS terbaik, sokongan NVMe melalui Fabrik dan kemudahan penyelenggaraan. Menerusi sistem 1U ini yang menyokong sehingga 1PB storan kependaman rendah yang pantas dengan 32 SSD faktor bentuk U.2, EDSFF dan NF1 tukaran-panas depan, Supermicro menawarkan kefleksibelan dan pilihan yang belum pernah tersedia sebelum ini untuk aplikasi storan berangkaian berkapasiti tinggi yang memerlukan prestasi kependaman terbaik. Sistem-sistem ini menyediakan kelebihan waktu nyata-kepada-nilai untuk pusat data yang mengendalikan beban kerja intensif-data.

Untuk maklumat lanjut tentang Supermicro dan produk Supermicro, kunjungi www.supermicro.com [c212.net].

Ikuti Supermicro di Facebook [c212.net] dan Twitter [c212.net] untuk menerima berita dan pengumuman terkini mereka.

Latar Belakang Super Micro Computer, Inc. (SMCI)  
Supermicro®, penginovasi utama bagi teknologi pelayan berprestasi tinggi dan berkecekapan tinggi ialah penyedia ulung bagi pelayan Server Building Block Solutions® termaju untuk Pusat Data, Pengkomputeran Awan, IT Perusahaan, Hadoop/Data Raya, HPC dan Sistem Terbenam seluruh dunia. Supermicro komited untuk melindungi alam sekitar melalui inisiatif "We Keep IT Green®" dan menyediakan pelanggan dengan penyelesaian paling cekap tenaga dan mesra alam yang terdapat dalam pasaran.

Supermicro, SuperBlade, BigTwin, FatTwin, Server Building Block Solutions dan We Keep IT Green ialah tanda dagangan dan/atau tanda dagangan berdaftar Super Micro Computer, Inc.

Semua jenama, nama dan tanda dagangan lain adalah hak milik pemilik masing-masing.

SMCI-F

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/894866/5G_Edge_Solutions.jpg [c212.net]  



HUBUNGI:  Michael Kalodrich, Super Micro Computer, Inc., PR@supermicro.com